Bazar Tahun Baru Cina (TBC) 2023 di Gelanggang Arena Lawas memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk menjalankan perniagaan masing-masing.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, platform ini memberi manfaat kepada peniaga untuk mencari pendapatan sampingan menerusi tapak gerai jualan.